PENJIMATAN ELEKTRIK

Selasa, 24 Februari 2015

LAWATAN KE MAHKAMAH SYARIAH TAPAH

Lawatan ke Mahkamah Syariah telah di jalankan pada 24 Februari 2015. Lawatan ini dijalankan oleh Jawatankuasa Induk EKSA Majlis Daerah Perak Tengah bagi mengetahui dengan lebih terperinci dan menambahbaik program EKSA untuk tujuan Audit dari pihak MAMPU.










Khamis, 12 Februari 2015

TAKLIMAT EKSA

Satu taklimat EKSA telah dijalankan pada 12 Februari 2015 di Rumah Rehat Cempaka Sari. Tujuan taklimat ini di adakan bagi memberi pendedahan yang menyeluruh sebagai salah satu inisiatif menambahbaik pelaksanaan amalan 5S yang dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Taklimat EKSA di dewan Cempakasari Parit















Penerangan Ekosistem Kondusif Sektor Awam














Sesi Soal Jawab













Pembukaan Taklimat
















Penyampaian Cenderamata

Selasa, 10 Februari 2015

TUJUAN EKSA DILAKSANAKAN

Antara tujuan penjenamaan semula 5S sektor Awam kepada EKSA adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus kepada persekitaran kerja yang kondusif ke arah kepelbagaian agensi, mengutamakan kreativiti, inovasi dan 'go green'. Faedah-faedah penjenamaan semula ini adalah seperti berikut :-


  • Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti,
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi
  • Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran,
  • Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.























APAKAH EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)??

EKSA adalah singkatan daripada “EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM”. Ringkasnya ia adalah satu penjenamaan semula kepada amalan 5S yang diamalkan sebelum ini oleh agensi-sgensi kerajaan yang memperoleh sijil amalan daripada pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia). Tujuaan diperkenalkan EKSA supaya dapat meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi dengan berimejkan korporat disamping mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti. 



Pada tahun 2010, MAMPU telah mempersijilkan amalan 5S ke atas beberapa agensi dan Jabatan Kerajaan dan tempoh sah laku sijil tersebut selama 2 tahun. Bagi merealisasikan dan memantapkan lagi suasana tempat kerja yang kondusif berdasarkan amalan 5S, penjenamaan semula dilakukan dengan acuan sendiri dan tidak lagi menggunapakai nama 5S (Seiri-Seiton-Seiso-Seiketsu-Shitsuke), sebaliknya amalan 5S telah dimasukkan sebagai sebahagian komponen dalam pelaksanaan EKSA ini.

Jumaat, 6 Februari 2015

Isnin, 2 Februari 2015

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Perak Tengah Kompleks MDPT, 32610 Seri Iskandar, Perak Tel:05-3712088 /05-3712014 Faks:05-3712089 Emel : admin@mdpt.gov. my